BUKAN KERANA KOMUNIS TU BAIK, TETAPI KERANA KEJAMNYA PEMERINTAH

Apabila isu Chin Peng mahu dibawa pulang ke Malaysia, gamatnya umpama bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Pelbagai pihak masing-masing mangajukan pelbagai pendapat yang kebanyakannya menyatakan bahawa sesungguhnya Chin Peng tidak layak memijak bumi Malaysia untuk selama-lamanya. Lagi teruk daripada kes pembawa virus H1N1 lagi. H1N1 ada gak terbolos masuk ke Malaysia walaupun pelbagai langkah yang ketat dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Bagi sebuah negara yang 52 tahun merdeka dan sudah 52 tahun UMNO BN, rupa-rupanya sebagai sebuah kerajaan yang mereka akui ‘mantop’, mereka masih takut lagi dengan bayang-bayang Chin Peng. Kenapa? Bimbang akan fahaman komunis akan kembali berkembang di Malaysia.

Mari kita imbas kembali kenapa fahaman komunis muncul dan menjadi satu daripada corak pemerintahan yang popular di dunia. Kita bermula di mana fahaman ini telah mendirikan kerajaan komunisnya yang pertama iaitu Rusia. Sewaktu Rusia di bawah pemerintahan Tsar Nicholas II, negara tersebut berada dalam keadaan yang kacau bilau akibat pentadbiran negara yang zalim kerana kemewahan hanya menjadi milik Tsar, keluarga dan juak-juaknya. Rakyat terabai dibiarkan berada dalam keadaan kesusahan dan serba kekurangan. Ideologi Komunisme yang bermula di awal era 1900an itu mendapat sambutan akibat kekecewaan ratusan tahun rakyat terhadap penindasan sistem feudalisme dan kapitalisme, dan menyebabkan manusia mula mengimpikan keindahan hidup yang dijanjikan oleh komunis. Revolusi Bolshevik 1917 pun berlaku, rakyat Russia menjatuhkan Tsar dan menaikkan Lenin. Saat itu, rakyat percaya komunislah sistem yang mampu menyelesaikan masalah. Berpunca dari kezaliman pemerintah kepada rakyatnya maka fahaman komunis telah mengambil kesempatan untuk dijadikan galang ganti menjadi pegangan utama kepada rakyat dengan memperkenalkan dasar ‘kesamarataan’. Usaha Gerakan Bolshevik untuk menumbangkan kerajaan Tsar dalam tahun 1917 telah berjaya membawa kuasa rakyat untuk mendirikan negara pekerja yang pertama dalam sejarah manusia iaitu negara yang diperintah oleh kelas pekerja, petani dan rakyat biasa.

Oleh itu, kebimbangan akan kebangkitan semula fahaman komunis di Malaysia memang sepatutnya terlintas diminda UMNO BN kerana corak pemerintahan mereka kini saling tak tumpah sebagaimana Tsar Rusia menindas rakyatnya secara zalim. Kemarahan rakyat semakin hari semakin membuak-buak dan menunggu detik untuk bertindak mengembalikan hak-hak rakyat yang selama ini dinafikan oleh kerajaan. Selama ini pihak kerajaan mampu mengunci barisan Pakatan Rakyat dengan ISA dan peraturan rimba yang diharapkan akan membantutkan perjuangan PR mengembalikan hak-hak rakyat. KMM sendiri tidak mahu komunis kembali mengugat keamanan negara dan mengulangi detik-detik darurat dahulu. Fahaman komunis juga bukanlah satu pendekatan terbaik untuk diamalkan. Lihatlah sahaja kesudahan kepada Kesatuan Soviet Russia yang akhirnya tumbang. Di dalam Pakatan Rakyat ia mempunyai kekuatan yang mengabungkan parti yang berbeda tetapi mempunyai satu hasrat yang sama iaitu memerintah Malaysia dengan lebih baik dari kerajaan korup yang ada pada hari ini. Rentetan sejarah memperlihatkan kepada kita kejatuhan dan keruntuhan ideologi-ideologi ciptaan manusia yang pada awalnya seperti membangun peradaban dan kemajuan tetapi akhirnya tersungkur juga di dalam kehancuran. Kehancuran dan keburukan yang terhasil dari ideologi ini membawa impak yang besar kepada kemanusiaan dan manusia itu sendiri.Ia mengakibatkan kerosakan kepada kedua-dua tamadun sama ada tamadun keduniaan dan tamadun kemanusiaan atau keinsanan itu sendiri. Kerosakan berlaku bukan sahaja dari segi material atau fizikal tetapi kepada pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

KMM memandangkan Pakatan Rakyat memiliki kelebihan untuk mengantikan UMNO BN. Pakatan Rakyat memiliki tokoh-tokoh ulama’ yang mampu menyelesaikan permasalahan sosial, ekonomi dan akidah yang melanda negara. Pakatan Rakyat juga memiliki tokoh-tokoh perundangan yang mampu menjaminkan hak-hak rakyat dipelihara. Pakatan Rakyat juga mempunyai pakar-pakar ekonomi yang mampan untuk berhadapan dengan kemurungan ekonomi dunia…Pakatan Rakyat juga mempunyai pemikir-pemikir untuk memacu Malaysia ke hadapan setanding dengan negara-negara maju tanpa anaktirikan rakyat. Malah kemajuan dari sudut kerohanian rakyatnya akan meletakkan Malaysia sebagai benchmark kepada negara-negara lain.

Hari ini UMNO BN hanya didokong oleh segelintir pemimpin yang berkepentingan peribadi dan meninggalkan kepentingan rakyat jauh ke belakang. Tengok rumah dan kereta diorang je la bro! Perlukah kita menyimpan pemimpin-pemimpin seperti mereka ?. Kenapa SPRM tidak menyiasat laporan-paloran penyalahgunaan kuasa UMNO BN yang telah menggunakan agensi-agensi awam dalam kempen-kempen pilihanraya mereka. Kalau tak caya lu olang tengok kat Manik Urai tu nanti. Kehidupan peribadi mereka tidak didedahkan secara telus kepada rakyat…sedarlah sikit anda semua tu adalah rakyat jugak… Bila-bila masa kalau kami mahu kami boleh masuk Parlimen….tarik hampa sorang-sorang keluar dari Parlimen tu. Itu Parlimen RAKYAT yang punya begitu juga DUN…Bukan UMNO BN yang punya. Esok-esok UMNO BN akan dapat pengajaran sepertimana cerita Ahmad Albab.

UMNO BN mampu meminggirkan rakyat, tetapi jangan lupa RAKYAT mampu menyingkirkan UMNO BN terus berkubur sepertimana berkuburnya PKM di Malaysia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: