UMNO… WAJARKAH PEMIMPINNYA DIGELAR BERJIWA RAKYAT?

Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan KMM menyentuh keypad laptop untuk terus melontarkan pendapat berkenaan perkembangan semasa yang berlaku di tanah air tercinta ini. Semoga apa yang KMM sampaikan dapat membangkitkan seribu persoalan dan keinginan para pengunjung untuk mencari jawapan. Itulah luahan dari dalam hati kecil KMM yang selama ini dipendamkan kerana ketika itu masih punya kekuatan bahawa keadilan untuk rakyat masih dipelihara. Namun melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, ternyata hak rakyat telah dicabul sewenang-wenangnya oleh pemerintah tanpa mereka sedari bahawa mereka sendiri sebenarnya berstatus rakyat. Biar apa gelaran yang ada, biar tinggi mana pun jawatan disandang tapi tag ‘rakyat’ itu tidak terpadam seperti juga tag ‘hamba Allah’.

Sayangnya, pemerintah @ rakyat yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat ini sudah lupa diri. Hakikat gelaran dan jawatan yang ditentukan Allah SWT kepadanya telah disalahgunakan. Mereka anggap diri mereka kini adalah ‘raja’ kepada segala raja. Maka ikut rasa aje menetapkan dasar dan memaksa rakyat akur dengan kehendak mereka. Pemerintah yang didokong oleh UMNO leka dengan track records 52 tahun memerintah negara dan mengangkat diri mereka sendiri sebagai legenda pejuang tanah air dan menafikan peranan yang telah dimainkan oleh individu dan organisasi yang berada di luar kelompok Barisan Nasional. Jadi tidak menghairankan pengasas UMNO itu sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar, insan yang menyatukan Melayu menentang Malayan Union dipinggirkan apabila UMNO telah menemui kekuatannya. Pada tahun 1951, cerai talak tiga Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO dan menubuhkan Parti Negara. Ironinya, sehingga ke hari ini sikap cantas mencantas menjadi darah daging dalam UMNO. Ada ahli totok UMNO nak menafikannya? Satu perkara yang KMM bagi contoh ialah apabila berlaku pergolakan dalam UMNO ungkapan seperti ” kita perlu mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi “….. Bahasa tu dah sedap tapi sumbang… sepatutnya “Kita perlu mengutamakan rakyat daripada kepentingan parti”…. Memang ada dalam tagline PM sekarang iaitu ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ tapi Dato’ Seri…. anda dah terlambat… bisul tu dah bernanah dan pecah! Bau hanyir dan busuk, satu negara dah hidu…. Bila dah satu negara hidu bau busuk, rakyat tak boleh buat diam aje kerana amanah yang rakyat berikan telah disalahguna untuk kepentingan peribadi dan organisasi. Hairan tapi tidaklah menghairankan bila tagline tu keluar di saat UMNO dan juak-juaknya menanti hari untuk ditalkinkan.

KMM nak paparkan sedikit maklumat yang diperolehi dalam Blog DPP Negeri Johor. Begini….

Disanjung Ketika Dipuncak, Dipandang Sepi Ketika Terasing

Allahyarham Dato Onn sebenarnya telah melalui saat yang paling menyedihkan apabila telah keluar daripada UMNO. Beliau hanya dijulang semasa berada di dalam UMNO tetapi tidak dipedulikan bila telah tiada bersama UMNO.
Ketika mantan Perdana Menteri, Malaysia Tun Dr. Mahathir melancarkan buku Reflections Of Pre-Independence Malaya yang menghimpunkan pelbagai peristiwa menarik mengenai pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar ,cucu Datuk Onn iaitu Datuk Mohamed Abid yang juga merupakan penulis buku ini menyatakan bahawa antara kandungan dalam buku itu ialah perbualan Datuk Onn bersama isterinya, Datin Halimah Hussein termasuk kesedihan beliau apabila tidak lagi dipedulikan selepas keluar dari UMNO dan menjadi pembangkang.

Di samping itu ia turut memaparkan penghujung hayat Datuk Onn sebagai seorang pemimpin yang meninggal dunia dalam keadaan `miskin’. Pada tahun 1959, beliau (Datuk Onn) terpaksa menjual rumah keluarganya di Johor Bahru kepada kerajaan Johor sebanyak RM100,000 bagi membolehkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM10,000. Dengan baki yang ada beliau membeli rumah yang lebih kecil berharga RM30,000.

Sewaktu meninggal dunia, Datuk Onn hanya mempunyai wang RM300 dalam akaun bank dan sebuah kereta jenis Austin 70.

Sumber:http://dppnjohor.blogspot.com/2006/02/himpunan-mengenang-dato-onn-jaafar-apa.html

Inilah kisah sedih seorang pejuang…. Angkara siapa???…. Angkara orang UMNO sendiri. Puncanya Dato’ Onn cadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu… cuma idea allahyarham diterima pakai pada tahun 1991 bila UMNO masuk Sabah dan mengambil keahliannya di kalangan BUMIPUTERA bukan Melayu sahaja. Istilah BUMIPUTERA itu pada hemat KMM adalah merujuk kepada penduduk asal. Jadinya peristiwa 1951 itu adalah satu kebodohan UMNO yang tidak dapat melihat pandangan jauh Dato’ Onn Jaafar… Agaknya orang bawahan Dato’ Onn Jaafar masa tu dah mula ghairah mau kerusi panas dalam UMNO….

Itu menunjukkan bahawa jumlah ahli Melayu dalam UMNO adalah statik! bertambah tidak, berkurang ada la…. Kerana itu UMNO redah juga wawasan yang dilabelkan mengarut di tahun 1950-an dulu demi menyelamatkan UMNO dari ditalkinkan terlebih awal. Malah KMM yakin bahawa generasi Melayu hari ini yang berumur 25 tahun ke atas majoritinya adalah penyokong Pakatan Rakyat. Kalau ada pun yang sokong UMNO… yang sokong bawa rebah tu ramai.. puak-puak ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi seperti kontrak dan wang ringgit. Kalau buat bancian ramai golongan muda UMNO adalah kontraktor atau part time kontraktor!!!… Tadah jer tunggu orang atasan bagi kerja… Dah le tu rezeki yang dapat kekadang di alibaba….. Huh!!!… Mementang kerajaan diorang ada kuasa serah kontrak kat diorang… kualiti kerja macam HAMPEH!…. Ini dari pengalaman KMM di tempat lahir KMM la….tapi bukan contoh kat Uganda…. Memang kat Malaysia. Bila KMM lalu berhampiran sebuah Ibupejabat UMNO Bahagian, kesiannya la…. Bayangkan tulisan yang warna merah dah luntur…. Cat bangunan dah kusam…. Jelas menunjukkan ahli UMNO itu sendiri yang terdiri dari bapak kontraktor ni tak ada jati diri….. Takkan nak tunggu UMNO keluar tender pulak…. Pepandai la buat khidmat masyarakat kat UMNO…. UMNO dah bagi korang keselesaan dan kemewahan hidup… Tak caya tengok pejabat UMNO Raub….. Opssss! dah terlepas cakap…. Hakikatnya memang pun……. Macam tu nak jadi pemimpin masyarakat!!!!! Pejabat UMNO tak terjaga…inikan pulak nak jadi pemimpin!!!! Piraaah! kelak kalau ada rakyat susah, buat tak cakna jer… Bila masuk rancangan ‘BERSAMAMU’ baru le nampak muka. Buat muka sardin tunjuk simpati… (Tak caya tengok ‘BERSAMAMU’…. ahli politik UMNO dan ketua kampung UMNO berlakun jadi pemimpin yang peka kepada kesusahan rakyat… Sebelum ni korang buat apa????

KMM harap UMNO dapat jumpa ustaz yang sesuai untuk membaca talkin untuk UMNO.

One Response to “UMNO… WAJARKAH PEMIMPINNYA DIGELAR BERJIWA RAKYAT?”

  1. […] Malayan Union dan PTM di sini – newspaper. Baca pula sejarah Umno memperkecil Datok Onn disini -kesatuanmelayumuda hinggakan beliau meninggal dunia dalam keadaan yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: