SEDARKAH KITA TENTANG INI…..

lamabaruUntuk posting kali ini KMM tertarik untuk membawa para pengunjung melihat kembali peranan UMNO dalam arus politik tanah air tercinta ini. Sebelum penubuhan UMNO, menurut John Funston di dalam bukunya Malay Politics in Malaysia : A Study of Umno and PAS adalah Partai Kebangsaan Melayu Sa Malaya (PKMM) atau Malay Nationalist Party (MNP) iaitu pada bulan Oktober 1945. Ianya ditubuhkan setelah satu majlis perundingan diadakan di pejabat Suara Rakyat akhbar Melayu yang ditubuhkan di Ipoh pada bulan Ogos 1945 selepas perang. Sedikit sejarah berkenaan PKMM sepertimana yang terdapat di laman http://www.mymasjid.net.my/

Ahmad Boestamam telah menjelaskan dalam ‘Merintis Jalan Ke Puncak’….

“Belum pun beberapa hari markas PKMM dipindahkan ke Kuala Lumpur ia telah menerima undangan untuk menghantarkan perwakilannya ke dalam sebuah kongres badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Melayu se Malaya bagi membentuk sebuah gabungan besar yang akan dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang akan berjuang menentang Malayan Union.”

Menurut rekodnya PKMM telah hadir dalam kongres yang telah diadakan pada 1 Mac 1946 dengan diwakili oleh Dr Burhanuddin al Helmy. Usul yang telah dibawa oleh PKMM di dalam kongres tersebut berbunyi:

Menolak Malayan Union dan atas runtuhannya ditegakkan Malaya yang merdeka seratus peratus.
Malangnya usul ini telah ditolak.  PKMM terus mengambil bahagian di dalam badan ini sehinggalah ke tarikh Umno ditubuhkan secara rasmi. Ini bermakna sebagaimana dicatatkan oleh Boestamam:

“Dari hakikat ini memang tidak salah kalau dikatakan bahawa salah satu badan yang menjadi pengasas Umno ialah PKMM dan wakil serta tokoh PKMM yang hadir dalam kongres ini merupakan juga antara tokoh-tokoh pengasas Umno.”

Dalam hal ini tahukah kita bahawa bendera merah putih Umno hari ini sesungguhnya lahir dari cadangan yang dibawa oleh PKMM. Cuma PKMM mahukan Sang Saka Merah Putih sahaja, usul PKMM ditolak dan akhirnya yang terbit kekal sehinggga hari ini adalah bendera Umno yang ada (Sang Saka Merah Putih tetap merupakan warnanya) dengan dimuatkan keris terhunus ditengah-tengah.

Semasa berucap mengisytiharkan keluarnya blok PKMM daripada gabungan Umno, Boestamam menyebut:

“Perbedaan pandangan politik diantara Umno dan PKMM sekarang sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbedaan pandangan politik ini lambat laun kita akan berpisah juga dengannya. “Beza ketara antara Umno dan PKMM adalah bahawa PKMM telah mengambil slogan Merdeka ketika Umno sekadar baru belajar melaungkan slogan Hidup Melayu!

UMNO pula ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946. Ia merupakan sebuah badan yang menggabungkan hampir 50 buah badan, pertubuhan dan persatuan-persatuan dari seluruh ceruk rantau tanahair termasuklah PKMM. Mereka berkumpul bagi satu tujuan khusus iatu menentang penubuhan Malayan Union.  Namun kita jangan lupakan satu kebenaran bahawasanya UMNO yang ditubuhkan atas usaha Dato’ Onn Jaafar itu sebenarnya sudah lama ditalkinkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1987 ekoran daripada perpecahan yang dahsyat dalam Umno pada masa itu. Maka Umno yang ada  sekarang ini adalah Umno baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam tahun yang sama. Perbezaan antara UMNO Dato’ Onn Jaafar dan UMNO Tun Dr. Mahathir ialah UMNO Tun Dr Mahathir didaftarkan sebagai UMNO(Baru). Ini KMM ingat lagi hal ini… dalam akhbar pun tunjuk nama penuh pertubuhan baru yang diasaskan oleh Yun Dr. Mahathir.

Sebenarnya UMNO hari ini KMM boleh anggap bergerak secara haram kerana ia tidak menggunakan tag (Baru) selepas UMNO. Bermakna apa jua tindak tanduk UMNO selama ini adalah HARAM. UMNO hari ini tidak boleh memandai-mandai guna UMNO sahaja kerana ia didaftarkan dengan perkataan‘(Baru)’. KMM tak tahu la pulak bila UMNO yang ada hari ini menggugurkan perkataan‘(Baru)’. Tak pernah dengar pun. Apa? Ingat Malaysia ni UMNO(Baru) punya ke? Selepas ini KMM akan menyebut UMNO(Baru) dalam setiap posting.

Kepada warga emas di dalam UMNO yang bersama-sama berjuang di sisi Dato’ Onn Jaafar menentang Malayan Union, yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj melaungkan ‘MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!, yang bersama-sama Tun Abdul Razak masuk ke kampung-kampung dengan berkayuh basikal, yang berkerja keras bersama-sama Tun Hussien Onn untuk memantapkan perpaduan Negara…. Parti kesayangan aki, wan, pak cik, makcik, kakak dan abang….. sebenarnya dah lama mampus. Sebab itu nama organisasi yang ditubuhkan oleh Tun Dr.Mahathir dalam tahun1987, berbeda dengan nama UMNO yang terdahulu dan Logo pun dah berubah. UMNO 1987 bukan penjenamaan semula atau klon UMNO 1946…. Ia memang sebuah parti yang berbeza cuma meniru cara, kaedah dan strategi serta perlembagaan UMNO 1946 untuk mengelirukan rakyat!!! Supaya rakyat memaafkan Tun Dr. Mahathir tanpa disedari oleh rakyat pun bahawa Tun Dr. Mahathir telah kebumikan UMNO 1946 di makhamah.

Baca petikan ini Mahathir showed no interest in reviving UMNO, and instead he set in motion the machinery to form a new surrogate party, and in due course, registered a party formally called Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) or UMNO (New) a week after UMNO Malaysia’s registration was rejected. Eventually the suffix “(New)” was dropped, and UMNO (Baru) became both the de facto and de jure successor of UMNO (with the old UMNO’s assets handed over). (Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Umno#UMNO_Baru_.28New_UMNO.29)

Apa maknanya tu???….Maknanya UMNO hari ini, yang ada hari ini, yang menjadi tunggak BN memerintah Malaysia hari ini telah memperdayakan RAKYAT!…… Tumpukan kepada petikan ini…. “Mahathir showed no interest in reviving UMNO, and instead he set in motion the machinery to form a new surrogate party, and in due course, registered a party formally called Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru)”  Dah sah Tun Dr. Mahathir  dilihat tidak berminat nak hidupkan UMNO 1946! Tunku bersama-sama Tun Hussien Onn berusaha untuk hidupkan kembali UMNO 1946 dan usaha itu gagal! PERMOHONAN DITOLAK! Itu berlaku sebelum UMNO(Baru) ditubuhkan…KMM nak tengok mana dia UMNO totok yang dok kata UMNO hari ini adalah UMNO 1946!!!!…… Ntah-ntah korang ni pakat main sokong jer… Tu la bila dah buta SEJARAH! dan dipukau dek habuan wang ringgit yang menjadi budaya dalam UMNO. Huh! SIAPA SEBENARNYA PETUALANG DAN PENDERHAKA KEPADA BANGSA MELAYU????. Mungkin tuan-tuan tidak akan percaya bahawasanya ketika ini, untuk hasilkan posting ini…. kelopak mata KMM bertakung airmata kerana tidak dapat menahan rasa sedih, kecewa dan rasa dikhianati oleh sebuah organisasi yang melabelkan diri mereka pembela Melayu rerupanya lebih berperanan seumpama neoImperialisme alaf baru di Malaysia@Tanah Melayu.

Itulah sebabnya KMM minta semua rakyat selidiki sejarah tanah air kita….. Kekadang ada yang dipinggirkan dan diselindung dari pengetahuan kita…. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kalian……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: