APABILA AYAT-AYAT ALLAH ITU BENAR

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberi bukti yang nyata kepada kita, bahawa sesungguhnya dunia akhir zaman ini akan dipimpin oleh pemimpin yang zalim, jahat dan korup.

Lihatlah bagaimana pemimpin negara kita hari ini bertindak tanpa memperdulikan undang-undang dan perlembagaan yang termaktub semenjak 1957 lagi. Walhal, UMNO dan juak-juaknya sedar bahawa mereka merupakan manusia-manusia yang meluluskan apa jua akta dan menyusun perlembagaan menjelang kemerdekaan Malaysia. Amat memalukan apabila mereka sendiri yang mencabul perundangan dan perlembagaan negara. Akibat terlalu lama memerintah, mereka merasakan bahawa Malaysia ini milik mereka. Malah tidak mempercayai akan kemampuan pihak lain untuk mentadbir negara ini. PRU 12 telah menyaksikan bahawa wadah yang dibawa UMNO dan juak-juaknya semakin ditolak oleh rakyat walaupun pelbagai cara dan penyalahgunaan kuasa dibuat.

Tindakan pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juaknya yang zalim ini semakin hari semakin terserlah hingga tidak dapat disembunyikan lagi. Beberapa kes yang melibatkan rasuah menjadi perbualan rakyat Malaysia. Oleh kerana pihak yang berkenaan seperti polis, SPRM, SPR dan badan kehakiman telah diperkuda oleh pemerintah maka kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian hingga ke peringkat pusat tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

Kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO lebih terserlah apabila melakukan rampasan kuasa di Perak. Tanpa alasan yang kukuh, Menteri Besar yang sah disingkir dengan begitu zalim. Speaker DUN Perak dilayan seperti penjenayah apabila enggan meninggalkan kerusi speaker yang sememangnya adalah hak beliau untuk berada di situ. Tindakan membawa masuk pihak polis ke dalam DUN telah mencemar DUN Perak. Jika pihak polis dengan angkuh menceroboh DUN Perak, KMM merasakan adalah tidak menjadi satu kesalahan seandainya rakyat juga akan berbuat tindakan sedemikian sama ada di Parlimen ataupun DUN negeri-negeri yang dikuasai UMNO BN serta menghalau speaker keluar dari DUN. Ini adalah kerana tindakan biadap ini telah dididik oleh UMNO BN sendiri sepertimana yang berlaku di DUN Perak. Mungkin UMNO BN telah lupa bahawa RAKYAT adalah HAKIM yang sebenar-benarnya dalam permasalahan politik yang ditimbulkan oleh pihak UMNO BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO BN ini sememangnya telah disekat kewarasan mereka oleh Allah S.W.T. Tindak tanduk mereka kebelakangan ini lebih kepada kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat telah dipinggirkan kecuali bila hampir pilihanraya barulah ‘RAKYAT DIUTAMAKAN’. Seandainya keadilan wujud dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juaknya, mereka tidak akan hidup secara mewah sepertimana hari ini. Tidak perlu pihak TV3 suku menayangkan Program Bersamamu seandainya ‘RAKYAT DIUTAMAKAN’. Dah lebih 50 tahun kalian mengumpul dana peribadi dari kedudukan kalian sebagai pemimpin-pemimpin UMNO baru nak ingatkan rakyat?. Ingatlah bahawa apa yang dijanjikan Allah SWT kepada hamba-hambanya yang engkar itu adalah BENAR!. Pembalasan kepada pemimpin yang zalim dan korup itu juga adalah BENAR!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: