AWAS DENGAN HELAH UMNO YANG MENUNGGU UNTUK DI TALKINKAN

Kepada penyokong-penyokong PAS jangan dok bangga sangat berita berkenaan pemilihan pucuk pimpinan disiarkan di front page Utusan Malaysia. Itu Cuma satu taktik untuk melaga-lagakan ahli-ahli PAS. Memang dasar cucu cicit pengampu penjajah Inggeris dedulu meneruskan dasar pecah dan perintah ni.
Bagi ambo setiap apa jua yang pihak pemerintah cakap, buat dan laksanakan merupakan tindakan yang penuh helah dan licik disepanjang 63 tahun kewujudan UMNO. Salah satu perkara licik puak ni ialah laungan “RAKYAT DIUTAMAKAN!!!” Ia merupakan satu petunjuk bahawa sebelum ini, lebih 50 tahun mentadbir negara tidak pernah memberi keutamaan kepada rakyat tetapi mementingkan kroni mereka sahaja. Tetapi bila UMNO mulai kehilangan aura dan pengaruh apatah lagi setelah tewas di beberapa negeri dalam PRU 12 barulah nak ingat untuk memberi keutamaan kepada rakyat. Sebelum ni korang sebagai pemerintah ingat apa???… sekarang baru nak ingat pasal rakyat.
Zaman keagungan Islam, pemerintah yang adil, pemerintah yang soleh hidupnya tidak pernah melebihi kehidupan rakyatnya. Kekayaan? Jauh sekali yob kalau nak compare dengan pemerintah kita hari ini. Rumah beso, kereta beso, ada pulak yang boleh buat koleksi kereta dan ada yang buat koleksi isteri. Mengapa ini berlaku? Kerana pemerintah Islam yang agung sentiasa mengutamakan rakyat. Hampir lebih 50 tahun memerintah habis dijarah harta negara yang sepatutnya menjadi milik rakyat untuk kepentingan peribadi, baru nak cerita pasal “Rakyat diutamakan”?….
Fikirlah sebaik-baiknya kalau nak berunding dengan pihak yang banyak auta macam UMNO ni…… Dalam kepala diorang ni banyak taktik-taktik jahat yang tersembunyi dalam setiap tindakan mereka. Awas! parti yang nak mampus ni banyak helahnya…. Sebab itu mereka mula lupa(atau mungkin Allah sememangnya sengaja menjadikan mereka demikian) hingga perlembagaan negara pun dilanggar aje.

‘KESATUAN MELAYU MUDA BARU’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: