PERAK OH PERAK

Negeri Perak kembali bergelut dengan isu pentadbiran negeri. Aku memandang bahawa apa yang telah berlaku di negeri ini amat menarik. Inilah perundangan yang dicipta oleh manusia yang memiliki banyak kelemahannya. Nak suruh ikut hukum hudud, memacam juak-juak ump-no kata dan lemparkan ugutan serta fitnah. Tak nak akui bahawa hukum Allah mengatasi segala-galanya. Bagi sesiapa yang tidak punya apa-apa pengaruh atau kuasa nescaya akan ditelan dek undang-undang ciptaan manusia nih. Sebaliknya bagi seseorang yang memiliki kuasa dan pengaruh yang teramat besar, undang-undang manusia ni menjadi bahan mainan je. Boleh ubah ikut selera… Inilah drama yang sedang kita saksikan di Perak.

Berbalik kepada episod duka dan lara di negeri Perak, mungkin tak semua orang terfikir akan sesuatu yang berlaku dalam lipatan sejarah negara kita. Perak merupakan antara pencetus utama penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Berikut sedikit info yang aku dapat dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Pangkor

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874.  Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor. Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Begitu le sebahagian petikan dari Wikipedia. Itulah menariknya Perak… Bermula dari krisis pentadbiran pemerintah tempatan, kesannya amat memilukan. Kini Perak kembali bergolak. Krisis pentadbiran la jugak. Tapi hari ini orang-orang lebih cerdik dari masa dedulu. Hari ini pergolakan di Perak lebih sentimental, nama Pangkor tu ada gak… Kali ni, orang Pangkor la pulak buat onar… Agaknya ada hikmah peristiwa di Perak hari ini kepada negara. Mungkin ia merupakan detik berakhirnya penjajahan. Walaupun negara kita dah merdeka, tetapi Inggeris meninggalkan benihnya iaitu UMP-NO dan juak-juaknya. Jadi penjajahan itu ada kesinambungannya. Lebih perit penjajahan baru itu merupakan penjajahan sekelompok manusia dari dalam negara kita sendiri yang bertopengkan pejuang rakyat tetapi hakikatnya mereka lebih mementingkan periuk nasi mereka sahaja.

Kononnya, kelompok inilah yang amat berjasa kepada negara yang perlu disanjung dan perlu dikenang budi sehingga jangan sesekali nak ketepikan mereka. Apa dah jadi dengan pejuang-pejuang rakyat sebelum atau seangkatan dengan mereka. Aku dah ceritakan sedikit tentang Ibrahim Yaakob dan Kesatuan Melayu Muda…. Malah ramai lagi pejuang kemerdekaan sebelum itu… Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Saleh, Rentap, Datuk Maharaja Lela… Terlalu ramai nak disebut.  Ada ke pemerintah hari ini nak sanjung mereka dan war-warkan kepada generasi muda hari ini bahawa mereka inilah sebenarnya juga adalah pejuang kemerdekaan? Jangan dok heboh dari puak ump-no dan juak-juaknya aje. Mana anugerah Tun, Tan Sri, Dato’, Datuk dan lain-lain bintang untuk diorang? Sebenarnya ump-no dan juak-juaknya memang menafikan kehadiran dan perjuangan mereka. Huh! kalau berkuburlah ump-no ni… tak taulah camana hidupnya puak-puak ni…. Jadi gila kot?.

Berbalik kepada kemelut negara hari ini, sememangnya Allah memiliki perancangan dan ketentuanNya yang kita tak boleh baca. Yer la, kalau Allah bagi signal kat kita bahawa esok kita akan mati…. atau ditayangnya seksa kubur dan neraka…Dah pasti hukum hudud diterima pakai dek ump-no.

Kepada yang berkenaan tu… Hari ini anda punya kuasa untuk menindas rakyat…. Hari ini FRU boleh kejar dan tembak rakyat dengan pemedih mata dan water canon… ‘Hari esok’ kalau mati….terima je la pembalasannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: