MENGAPA KMM MUNCUL…

Panas satu badan apabila melihat satu lagi rampasan hak rakyat di Perak. Setelah hak Menteri Besar Pakatan Rakyat diragut dengan tipu helah terhadap 3+1 ADUN Pakatan Rakyat, kini Menteri Besar Haram(satu level dengan babi gamaknya?…) membuat satu lagi tindakan yang melampaui tatacara dan peraturan di DUN Perak. Saya bukan anak Perak, tapi selalu la berulang alik ke Perak. Jangan kata perkara yang berlaku tidak membuatkan rakyat di negeri-negeri lain sakit hati. Ini perkara DEMOKRASI!, apa punya amalan merampas seumpama itu… Peristiwa yang membunuh demokrasi itu memberi imbasan kembali bagaimana pengikut-pengikut Bolshevik yang merampas tampuk pemerintahan Tsar dan menjadikan Rusia sebuah negara Komunis akhirnya. Bezanya di Perak, pemerintah yang sah tidak kejam macam Tsar Rusia tuh! Nak bandingkan dengan Ump-no, dah memang dasar dia untuk menjadikan orang-orang MELAYU mengemis dengan diorang! YES! … Ump-no masih meneruskan dasar pecah dan perintah terhadap orang-orang Melayu…. Sebab itu dalam sedar atau tidak ada rakyat yang berhutang dengan kerajaan sampai habih nyawa.

Moh kita lihat sejarah penubuhan Ump-no ni. Ianya diasaskan dari beberapa pertubuhan Melayu yang akhirnya menjadi Ump-no. Pengasasnya adalah hamba Allah yang lahir dari keluarga high profile la jugak…. Cuba tuan-tuan lihat senarai Menteri Perdana Malaysia, berapa kerat dari keluarga high profile ni…. Mana-mana hamba Allah yang dah hidup dengan kemewahan dari kecik memang takut hidup susah…. Teringat zaman Jepun, puh!susah giler “Korang tak pernah merasa makan nasi campur ubi kayu, nasib baik ada Ump-no yang jadi pejuang kemerdekaan”  Petikan lazim dari aki, wan, pak ngah, pak uda dan yang seangkatan dengannya. Nak tanya sikit, keluarga high profile waktu tu makan nasi campur ubi kayu ke?….. Kalau turut sama suap makanan kat mulut macam marhaen yang lain, Alhamdulillah…. Tapi tuan-tuan, puan-puan lebih arif memikirkannya….

Ada sesuatu dalam diri orang MELAYU yang disekat-sekat dek penjajah dahulu dan ‘penjajah hari ini’. Ia ialah semangat terus ke hadapan walau apa pun yang berlaku tanpa menyerah kalah. Tak percaya ke???… Orang Melayu ni punya tekad dan nekad yang cukup tinggi. Banyak kisah yang sohor tapi tak diangkat untuk menjadi ikutan generasi MELAYU hari ini. Kita gah dengan Awang yang telah terlebih dahulu mengelilingi dunia mengikut jalan laut. Itu yang aku baca, tipu kata aku, maka kerajaan yang bersalah kerana tak buat penafian… Awang tu siapa? hamba marhaen jer… bukan dari high profile…. Satu lagi, Hang Tuah yang dibanggakan sangat dek kita sebagai pahlawan Melayu terulung… Siapa dia? Dari mana dia? dari peringkat marhaen la jugak….. Mereka bermula dari bawah untuk menjadi manusia yang dikenali……

Siapa kata Ump-no adalah organisasi yang menjayakan kemerdekaan Negara. Habis siapa dia Ibrahim Yaakob? Pernahkah tuan-tuan mendengar KESATUAN MELAYU MUDA sebelum ini?… Satu organisasi yang 100% menentang penjajahan Inggeris secara agresif. “Kesatuan Melayu Muda (Young Malay Union) formed by radicals as a new political organization with pan-Indonesian aims. Malay Associations were also organized within each state as organizations loyal to local rulers, conservative in outlook, and even supportive of British colonial rule; these served as a bulwark against more outspoken resistance to Western imperialism, and were the only organizations that had any mass support. The growth of a genuine Malay nationalism after the war drew on the ideology, structure, and leadership of the Malay Associations movement”(Sumber: The Malayan Archipelago, Peninsular and Island Southeast Asia. 2001. The Encyclopedia of World History. http://www.bartleby.com/67/2455.html) Ini dia pertubuhan sebenar antara yang mula-mula berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu ketika itu. Kenapa ianya gagal???… Kerana organisasi ini tidak mahu menuruti telunjuk penjajah Inggeris! Nak merdeka ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Macam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang dengan Sultan Melaka gak. Kesatuan Melayu Muda dikhianati oleh Orang Melayu yang pengecut! Kaki kipas Inggeris!… Tak mau guna kekerasan konon…. Mahu kemerdekaan secara diplomasi… Ump-no sampai meleleh air liur( tak ar sampai terjelir lidah) diberi hak untuk membuat pekikan ‘MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!’ Apalah erti MERDEKA kalau hari ini kita sendiri sudah kehilangan identiti. Bahasa Inggeris diberi penekanan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (Mana ketuanannya bahasa???) Kehidupan sosial pula usah cerita la, macam-macam gejala ada. Minah karan ada, bohsia ada, mat rempit ada, pelakon lucah 3gp ada, macam-macam ADA! Jangan nak cerita pasal JATI DIRI dengan aku! Agaknya ada perjanjian penjajah dengan Ump-no ni waktu nak sain kemerdekaan ni dulu… Siapa tahu sila dedahkan(Kalau ada.. jangan ada yang dibuat-buat)   Kerana itu juga orang-orang Melayu tidak pernah menonton filem kisah perjuangan menentang Inggeris…!! Kejap ada nak buat…lepas tu diam jer… Kalau bebenor kisah sejarah, kerajaan la suntik modal… Apa? takut?… Takut fakta salah?… Itu tanya Ump-no apa pasal banyak sembuyi dan palsukan fakta.

Sedihnya kisah Kesatuan Melayu Muda, pemimpinnya ditangkap kemudian menghembuskan nafas yang terakhir di Indonesia. Macam arwah ayah saya la jugak, jadi Force 136 tapi bila perang tamat tetiap minggu ada s.b. datang nak pastikan ayah aku ni betul-betul bukan komunis. Angkara siapa tuduhan sebegitu? Dari mulut-mulut Ump-no la jugak. Kerana itu aku benci Um-no dulu, kini dan selamanya….

Melihat kepincangan  yang berlaku, KESATUAN MELAYU MUDA akan muncul untuk menentang penjajahan alaf baru… iaitu MELAYU jajah Melayu…… Seperkara lagi, aku cabar Malaysia keluar dari Komanwel/Commonwealth!!!! Ada berani…. ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: