KERAJAAN PERPADUAN??? PAS LUPAKAN AJE LA….

Posted in Uncategorized on 9 June 2009 by kesatuanmelayumuda

UMNO telah memulakan kembali bangsawan lapuknya…. KMM boleh bagi juta-juta bintang kepada UMNO bagi kategori lakonan terbaik abad ini. Begitulah bila dah gila talak… KERAJAAN PERPADUAN konon… Mengapa sesetengah kepimpinan PAS boleh percaya dengan agenda UMNO ni??? Inilah satu-satu parti yang berhabis-habisan untuk kuburkan PAS dan ketika saat-saat nazak seperti sekarang maka mereka secara terbuka untuk membincangkan KERAJAAN PERPADUAN!.

UMNO, mana nak letak MIC, MCA dan puak gerabak B END yang lain tu….??? Mengapa setelah 52 tahun baru nak fikirkan kerajaan perpaduan?… PAS pulak, jangan nak berangan sangat untuk memerintah Malaysia secara perkongsian dengan UMNO. Dah lupa sejarah lampau??? bagaimana layanan UMNO setelah gandingan PAS-UMNO dikhianati oleh UMNO selepas menerima jemputan UMNO pasca 13 Mei 1969. Sebagai seorang Islam, KMM percaya sikap seseorang boleh berubah dari jahat kepada baik dengan izinNya… Tapi bagi UMNO…FORGET IT!… Apa yang dilontarkan tentang cadangan kerajaan perpaduan hanyalah umpan UMNO untuk kepentingan mereka sahaja dengan menjual isu ‘ Kepentingan Melayu’ dan juga sebagai persiapan menghadapi PRK Manik Urai….

Pada hemat KMM, kalau manusia yang berumur 60 tahun usianya…LIAT la nak berubah, bertaubat apa tah lagi!…. Inikan pulak UMNO… Dan lebih-lebih lagi UMNO(Baru) yang usianya baru 21 tahun…. Cuba tengok gelagat budak 21 tahun bagaimana tingkahnya. 21 tahun ni bebudaknya masih ‘liar’ dan susah nak dengar nasihat serta ‘nakal’…. Begitulah UMNO(Baru) yang wujud hari ini. UMNO(Baru) ni boleh la diibaratkan sama perangai dengan ‘mat rempit’. Disiplin tak ada walaupun ada lembaga disiplin yang maha berkuasa dari SPRM terutama dalam bab rasuah wang dalam politik UMNO. Kalau puak dia rasuah, cukup sekadar dengan hukuman dari lembaga disiplin parti. Kalau pede’ah Pakatan Rakyat terlibat rasuah, maka disuruhnya SPRM jalankan siasatan. Macam ni ke PAS nak ambik dia sebagai rakan kongsi politik tanah air????. Sejarah kita ni kebanyakannya akan berulang…cuma mungkin skrip dia aje yang berbeza. Maka, tak payah PAS nak jadi ‘wise guy’ dalam politik tanah air. Tuan-tuan tu pasal sejarah ni penting……

Taktik UMNO ni sama dengan permainan kotor Muawiyah dalam peperangan SIFFIN… Saat-saat Sayyidina Ali Abi Talib menghampiri kemenangan Muawiyah menggunakan Al-Quran sebagai simbol perdamaian. Akhirnya Muawiyah memenangi perang tersebut… Dan susulan dari itu, Sayyidina Hassan a.s. dan Sayyidina Husain a.s. turut menjadi mangsa pemerintahan Bani Umaiyyah….

Maka semenjak sebelum merdeka dan selepas merdeka hingga ke hari ini, taktik Muawiyah itulah yang diamalkan oleh UMNO terhadap PAS. Perlu diingatkan akan janji-janji Allah SWT bahawa musuh-musuh Islam(termasuk orang Islam yang menolak Islam dan perundangannya) akan berusaha menentang kewujudan Islam dan kesannya, tidak akan terlaksana hukum hudud di Malaysia selagi ada UMNO. Kalau berlaku perlaksanaan hukum hudud, payah la nak mencuri duit rakyat, susah la nak berskandal yang seperti berlakunya ketika ini. Tindakan UMNO hanya ingin melihat Pakatan Rakyat lebur! Lihat sahaja isu yang dipaparkan oleh barua media massa mereka….

KAPANKAN UMNO!

BUKAN KERANA KOMUNIS TU BAIK, TETAPI KERANA KEJAMNYA PEMERINTAH

Posted in Uncategorized on 4 June 2009 by kesatuanmelayumuda

Apabila isu Chin Peng mahu dibawa pulang ke Malaysia, gamatnya umpama bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Pelbagai pihak masing-masing mangajukan pelbagai pendapat yang kebanyakannya menyatakan bahawa sesungguhnya Chin Peng tidak layak memijak bumi Malaysia untuk selama-lamanya. Lagi teruk daripada kes pembawa virus H1N1 lagi. H1N1 ada gak terbolos masuk ke Malaysia walaupun pelbagai langkah yang ketat dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Bagi sebuah negara yang 52 tahun merdeka dan sudah 52 tahun UMNO BN, rupa-rupanya sebagai sebuah kerajaan yang mereka akui ‘mantop’, mereka masih takut lagi dengan bayang-bayang Chin Peng. Kenapa? Bimbang akan fahaman komunis akan kembali berkembang di Malaysia.

Mari kita imbas kembali kenapa fahaman komunis muncul dan menjadi satu daripada corak pemerintahan yang popular di dunia. Kita bermula di mana fahaman ini telah mendirikan kerajaan komunisnya yang pertama iaitu Rusia. Sewaktu Rusia di bawah pemerintahan Tsar Nicholas II, negara tersebut berada dalam keadaan yang kacau bilau akibat pentadbiran negara yang zalim kerana kemewahan hanya menjadi milik Tsar, keluarga dan juak-juaknya. Rakyat terabai dibiarkan berada dalam keadaan kesusahan dan serba kekurangan. Ideologi Komunisme yang bermula di awal era 1900an itu mendapat sambutan akibat kekecewaan ratusan tahun rakyat terhadap penindasan sistem feudalisme dan kapitalisme, dan menyebabkan manusia mula mengimpikan keindahan hidup yang dijanjikan oleh komunis. Revolusi Bolshevik 1917 pun berlaku, rakyat Russia menjatuhkan Tsar dan menaikkan Lenin. Saat itu, rakyat percaya komunislah sistem yang mampu menyelesaikan masalah. Berpunca dari kezaliman pemerintah kepada rakyatnya maka fahaman komunis telah mengambil kesempatan untuk dijadikan galang ganti menjadi pegangan utama kepada rakyat dengan memperkenalkan dasar ‘kesamarataan’. Usaha Gerakan Bolshevik untuk menumbangkan kerajaan Tsar dalam tahun 1917 telah berjaya membawa kuasa rakyat untuk mendirikan negara pekerja yang pertama dalam sejarah manusia iaitu negara yang diperintah oleh kelas pekerja, petani dan rakyat biasa.

Oleh itu, kebimbangan akan kebangkitan semula fahaman komunis di Malaysia memang sepatutnya terlintas diminda UMNO BN kerana corak pemerintahan mereka kini saling tak tumpah sebagaimana Tsar Rusia menindas rakyatnya secara zalim. Kemarahan rakyat semakin hari semakin membuak-buak dan menunggu detik untuk bertindak mengembalikan hak-hak rakyat yang selama ini dinafikan oleh kerajaan. Selama ini pihak kerajaan mampu mengunci barisan Pakatan Rakyat dengan ISA dan peraturan rimba yang diharapkan akan membantutkan perjuangan PR mengembalikan hak-hak rakyat. KMM sendiri tidak mahu komunis kembali mengugat keamanan negara dan mengulangi detik-detik darurat dahulu. Fahaman komunis juga bukanlah satu pendekatan terbaik untuk diamalkan. Lihatlah sahaja kesudahan kepada Kesatuan Soviet Russia yang akhirnya tumbang. Di dalam Pakatan Rakyat ia mempunyai kekuatan yang mengabungkan parti yang berbeda tetapi mempunyai satu hasrat yang sama iaitu memerintah Malaysia dengan lebih baik dari kerajaan korup yang ada pada hari ini. Rentetan sejarah memperlihatkan kepada kita kejatuhan dan keruntuhan ideologi-ideologi ciptaan manusia yang pada awalnya seperti membangun peradaban dan kemajuan tetapi akhirnya tersungkur juga di dalam kehancuran. Kehancuran dan keburukan yang terhasil dari ideologi ini membawa impak yang besar kepada kemanusiaan dan manusia itu sendiri.Ia mengakibatkan kerosakan kepada kedua-dua tamadun sama ada tamadun keduniaan dan tamadun kemanusiaan atau keinsanan itu sendiri. Kerosakan berlaku bukan sahaja dari segi material atau fizikal tetapi kepada pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

KMM memandangkan Pakatan Rakyat memiliki kelebihan untuk mengantikan UMNO BN. Pakatan Rakyat memiliki tokoh-tokoh ulama’ yang mampu menyelesaikan permasalahan sosial, ekonomi dan akidah yang melanda negara. Pakatan Rakyat juga memiliki tokoh-tokoh perundangan yang mampu menjaminkan hak-hak rakyat dipelihara. Pakatan Rakyat juga mempunyai pakar-pakar ekonomi yang mampan untuk berhadapan dengan kemurungan ekonomi dunia…Pakatan Rakyat juga mempunyai pemikir-pemikir untuk memacu Malaysia ke hadapan setanding dengan negara-negara maju tanpa anaktirikan rakyat. Malah kemajuan dari sudut kerohanian rakyatnya akan meletakkan Malaysia sebagai benchmark kepada negara-negara lain.

Hari ini UMNO BN hanya didokong oleh segelintir pemimpin yang berkepentingan peribadi dan meninggalkan kepentingan rakyat jauh ke belakang. Tengok rumah dan kereta diorang je la bro! Perlukah kita menyimpan pemimpin-pemimpin seperti mereka ?. Kenapa SPRM tidak menyiasat laporan-paloran penyalahgunaan kuasa UMNO BN yang telah menggunakan agensi-agensi awam dalam kempen-kempen pilihanraya mereka. Kalau tak caya lu olang tengok kat Manik Urai tu nanti. Kehidupan peribadi mereka tidak didedahkan secara telus kepada rakyat…sedarlah sikit anda semua tu adalah rakyat jugak… Bila-bila masa kalau kami mahu kami boleh masuk Parlimen….tarik hampa sorang-sorang keluar dari Parlimen tu. Itu Parlimen RAKYAT yang punya begitu juga DUN…Bukan UMNO BN yang punya. Esok-esok UMNO BN akan dapat pengajaran sepertimana cerita Ahmad Albab.

UMNO BN mampu meminggirkan rakyat, tetapi jangan lupa RAKYAT mampu menyingkirkan UMNO BN terus berkubur sepertimana berkuburnya PKM di Malaysia..

SEDARKAH KITA TENTANG INI…..

Posted in Uncategorized on 31 May 2009 by kesatuanmelayumuda

lamabaruUntuk posting kali ini KMM tertarik untuk membawa para pengunjung melihat kembali peranan UMNO dalam arus politik tanah air tercinta ini. Sebelum penubuhan UMNO, menurut John Funston di dalam bukunya Malay Politics in Malaysia : A Study of Umno and PAS adalah Partai Kebangsaan Melayu Sa Malaya (PKMM) atau Malay Nationalist Party (MNP) iaitu pada bulan Oktober 1945. Ianya ditubuhkan setelah satu majlis perundingan diadakan di pejabat Suara Rakyat akhbar Melayu yang ditubuhkan di Ipoh pada bulan Ogos 1945 selepas perang. Sedikit sejarah berkenaan PKMM sepertimana yang terdapat di laman http://www.mymasjid.net.my/

Ahmad Boestamam telah menjelaskan dalam ‘Merintis Jalan Ke Puncak’….

“Belum pun beberapa hari markas PKMM dipindahkan ke Kuala Lumpur ia telah menerima undangan untuk menghantarkan perwakilannya ke dalam sebuah kongres badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Melayu se Malaya bagi membentuk sebuah gabungan besar yang akan dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang akan berjuang menentang Malayan Union.”

Menurut rekodnya PKMM telah hadir dalam kongres yang telah diadakan pada 1 Mac 1946 dengan diwakili oleh Dr Burhanuddin al Helmy. Usul yang telah dibawa oleh PKMM di dalam kongres tersebut berbunyi:

Menolak Malayan Union dan atas runtuhannya ditegakkan Malaya yang merdeka seratus peratus.
Malangnya usul ini telah ditolak.  PKMM terus mengambil bahagian di dalam badan ini sehinggalah ke tarikh Umno ditubuhkan secara rasmi. Ini bermakna sebagaimana dicatatkan oleh Boestamam:

“Dari hakikat ini memang tidak salah kalau dikatakan bahawa salah satu badan yang menjadi pengasas Umno ialah PKMM dan wakil serta tokoh PKMM yang hadir dalam kongres ini merupakan juga antara tokoh-tokoh pengasas Umno.”

Dalam hal ini tahukah kita bahawa bendera merah putih Umno hari ini sesungguhnya lahir dari cadangan yang dibawa oleh PKMM. Cuma PKMM mahukan Sang Saka Merah Putih sahaja, usul PKMM ditolak dan akhirnya yang terbit kekal sehinggga hari ini adalah bendera Umno yang ada (Sang Saka Merah Putih tetap merupakan warnanya) dengan dimuatkan keris terhunus ditengah-tengah.

Semasa berucap mengisytiharkan keluarnya blok PKMM daripada gabungan Umno, Boestamam menyebut:

“Perbedaan pandangan politik diantara Umno dan PKMM sekarang sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbedaan pandangan politik ini lambat laun kita akan berpisah juga dengannya. “Beza ketara antara Umno dan PKMM adalah bahawa PKMM telah mengambil slogan Merdeka ketika Umno sekadar baru belajar melaungkan slogan Hidup Melayu!

UMNO pula ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946. Ia merupakan sebuah badan yang menggabungkan hampir 50 buah badan, pertubuhan dan persatuan-persatuan dari seluruh ceruk rantau tanahair termasuklah PKMM. Mereka berkumpul bagi satu tujuan khusus iatu menentang penubuhan Malayan Union.  Namun kita jangan lupakan satu kebenaran bahawasanya UMNO yang ditubuhkan atas usaha Dato’ Onn Jaafar itu sebenarnya sudah lama ditalkinkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1987 ekoran daripada perpecahan yang dahsyat dalam Umno pada masa itu. Maka Umno yang ada  sekarang ini adalah Umno baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam tahun yang sama. Perbezaan antara UMNO Dato’ Onn Jaafar dan UMNO Tun Dr. Mahathir ialah UMNO Tun Dr Mahathir didaftarkan sebagai UMNO(Baru). Ini KMM ingat lagi hal ini… dalam akhbar pun tunjuk nama penuh pertubuhan baru yang diasaskan oleh Yun Dr. Mahathir.

Sebenarnya UMNO hari ini KMM boleh anggap bergerak secara haram kerana ia tidak menggunakan tag (Baru) selepas UMNO. Bermakna apa jua tindak tanduk UMNO selama ini adalah HARAM. UMNO hari ini tidak boleh memandai-mandai guna UMNO sahaja kerana ia didaftarkan dengan perkataan‘(Baru)’. KMM tak tahu la pulak bila UMNO yang ada hari ini menggugurkan perkataan‘(Baru)’. Tak pernah dengar pun. Apa? Ingat Malaysia ni UMNO(Baru) punya ke? Selepas ini KMM akan menyebut UMNO(Baru) dalam setiap posting.

Kepada warga emas di dalam UMNO yang bersama-sama berjuang di sisi Dato’ Onn Jaafar menentang Malayan Union, yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj melaungkan ‘MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!, yang bersama-sama Tun Abdul Razak masuk ke kampung-kampung dengan berkayuh basikal, yang berkerja keras bersama-sama Tun Hussien Onn untuk memantapkan perpaduan Negara…. Parti kesayangan aki, wan, pak cik, makcik, kakak dan abang….. sebenarnya dah lama mampus. Sebab itu nama organisasi yang ditubuhkan oleh Tun Dr.Mahathir dalam tahun1987, berbeda dengan nama UMNO yang terdahulu dan Logo pun dah berubah. UMNO 1987 bukan penjenamaan semula atau klon UMNO 1946…. Ia memang sebuah parti yang berbeza cuma meniru cara, kaedah dan strategi serta perlembagaan UMNO 1946 untuk mengelirukan rakyat!!! Supaya rakyat memaafkan Tun Dr. Mahathir tanpa disedari oleh rakyat pun bahawa Tun Dr. Mahathir telah kebumikan UMNO 1946 di makhamah.

Baca petikan ini Mahathir showed no interest in reviving UMNO, and instead he set in motion the machinery to form a new surrogate party, and in due course, registered a party formally called Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) or UMNO (New) a week after UMNO Malaysia’s registration was rejected. Eventually the suffix “(New)” was dropped, and UMNO (Baru) became both the de facto and de jure successor of UMNO (with the old UMNO’s assets handed over). (Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Umno#UMNO_Baru_.28New_UMNO.29)

Apa maknanya tu???….Maknanya UMNO hari ini, yang ada hari ini, yang menjadi tunggak BN memerintah Malaysia hari ini telah memperdayakan RAKYAT!…… Tumpukan kepada petikan ini…. “Mahathir showed no interest in reviving UMNO, and instead he set in motion the machinery to form a new surrogate party, and in due course, registered a party formally called Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru)”  Dah sah Tun Dr. Mahathir  dilihat tidak berminat nak hidupkan UMNO 1946! Tunku bersama-sama Tun Hussien Onn berusaha untuk hidupkan kembali UMNO 1946 dan usaha itu gagal! PERMOHONAN DITOLAK! Itu berlaku sebelum UMNO(Baru) ditubuhkan…KMM nak tengok mana dia UMNO totok yang dok kata UMNO hari ini adalah UMNO 1946!!!!…… Ntah-ntah korang ni pakat main sokong jer… Tu la bila dah buta SEJARAH! dan dipukau dek habuan wang ringgit yang menjadi budaya dalam UMNO. Huh! SIAPA SEBENARNYA PETUALANG DAN PENDERHAKA KEPADA BANGSA MELAYU????. Mungkin tuan-tuan tidak akan percaya bahawasanya ketika ini, untuk hasilkan posting ini…. kelopak mata KMM bertakung airmata kerana tidak dapat menahan rasa sedih, kecewa dan rasa dikhianati oleh sebuah organisasi yang melabelkan diri mereka pembela Melayu rerupanya lebih berperanan seumpama neo-Imperialisme alaf baru di Malaysia@Tanah Melayu.

Itulah sebabnya KMM minta semua rakyat selidiki sejarah tanah air kita….. Kekadang ada yang dipinggirkan dan diselindung dari pengetahuan kita…. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kalian……

UMNO… WAJARKAH PEMIMPINNYA DIGELAR BERJIWA RAKYAT?

Posted in Uncategorized on 31 May 2009 by kesatuanmelayumuda

Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan KMM menyentuh keypad laptop untuk terus melontarkan pendapat berkenaan perkembangan semasa yang berlaku di tanah air tercinta ini. Semoga apa yang KMM sampaikan dapat membangkitkan seribu persoalan dan keinginan para pengunjung untuk mencari jawapan. Itulah luahan dari dalam hati kecil KMM yang selama ini dipendamkan kerana ketika itu masih punya kekuatan bahawa keadilan untuk rakyat masih dipelihara. Namun melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, ternyata hak rakyat telah dicabul sewenang-wenangnya oleh pemerintah tanpa mereka sedari bahawa mereka sendiri sebenarnya berstatus rakyat. Biar apa gelaran yang ada, biar tinggi mana pun jawatan disandang tapi tag ‘rakyat’ itu tidak terpadam seperti juga tag ‘hamba Allah’.

Sayangnya, pemerintah @ rakyat yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat ini sudah lupa diri. Hakikat gelaran dan jawatan yang ditentukan Allah SWT kepadanya telah disalahgunakan. Mereka anggap diri mereka kini adalah ‘raja’ kepada segala raja. Maka ikut rasa aje menetapkan dasar dan memaksa rakyat akur dengan kehendak mereka. Pemerintah yang didokong oleh UMNO leka dengan track records 52 tahun memerintah negara dan mengangkat diri mereka sendiri sebagai legenda pejuang tanah air dan menafikan peranan yang telah dimainkan oleh individu dan organisasi yang berada di luar kelompok Barisan Nasional. Jadi tidak menghairankan pengasas UMNO itu sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar, insan yang menyatukan Melayu menentang Malayan Union dipinggirkan apabila UMNO telah menemui kekuatannya. Pada tahun 1951, cerai talak tiga Dato’ Onn Jaafar dengan UMNO dan menubuhkan Parti Negara. Ironinya, sehingga ke hari ini sikap cantas mencantas menjadi darah daging dalam UMNO. Ada ahli totok UMNO nak menafikannya? Satu perkara yang KMM bagi contoh ialah apabila berlaku pergolakan dalam UMNO ungkapan seperti ” kita perlu mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi “….. Bahasa tu dah sedap tapi sumbang… sepatutnya “Kita perlu mengutamakan rakyat daripada kepentingan parti”…. Memang ada dalam tagline PM sekarang iaitu ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ tapi Dato’ Seri…. anda dah terlambat… bisul tu dah bernanah dan pecah! Bau hanyir dan busuk, satu negara dah hidu…. Bila dah satu negara hidu bau busuk, rakyat tak boleh buat diam aje kerana amanah yang rakyat berikan telah disalahguna untuk kepentingan peribadi dan organisasi. Hairan tapi tidaklah menghairankan bila tagline tu keluar di saat UMNO dan juak-juaknya menanti hari untuk ditalkinkan.

KMM nak paparkan sedikit maklumat yang diperolehi dalam Blog DPP Negeri Johor. Begini….

Disanjung Ketika Dipuncak, Dipandang Sepi Ketika Terasing

Allahyarham Dato Onn sebenarnya telah melalui saat yang paling menyedihkan apabila telah keluar daripada UMNO. Beliau hanya dijulang semasa berada di dalam UMNO tetapi tidak dipedulikan bila telah tiada bersama UMNO.
Ketika mantan Perdana Menteri, Malaysia Tun Dr. Mahathir melancarkan buku Reflections Of Pre-Independence Malaya yang menghimpunkan pelbagai peristiwa menarik mengenai pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar ,cucu Datuk Onn iaitu Datuk Mohamed Abid yang juga merupakan penulis buku ini menyatakan bahawa antara kandungan dalam buku itu ialah perbualan Datuk Onn bersama isterinya, Datin Halimah Hussein termasuk kesedihan beliau apabila tidak lagi dipedulikan selepas keluar dari UMNO dan menjadi pembangkang.

Di samping itu ia turut memaparkan penghujung hayat Datuk Onn sebagai seorang pemimpin yang meninggal dunia dalam keadaan `miskin’. Pada tahun 1959, beliau (Datuk Onn) terpaksa menjual rumah keluarganya di Johor Bahru kepada kerajaan Johor sebanyak RM100,000 bagi membolehkan beliau membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM10,000. Dengan baki yang ada beliau membeli rumah yang lebih kecil berharga RM30,000.

Sewaktu meninggal dunia, Datuk Onn hanya mempunyai wang RM300 dalam akaun bank dan sebuah kereta jenis Austin 70.

Sumber:http://dppnjohor.blogspot.com/2006/02/himpunan-mengenang-dato-onn-jaafar-apa.html

Inilah kisah sedih seorang pejuang…. Angkara siapa???…. Angkara orang UMNO sendiri. Puncanya Dato’ Onn cadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu… cuma idea allahyarham diterima pakai pada tahun 1991 bila UMNO masuk Sabah dan mengambil keahliannya di kalangan BUMIPUTERA bukan Melayu sahaja. Istilah BUMIPUTERA itu pada hemat KMM adalah merujuk kepada penduduk asal. Jadinya peristiwa 1951 itu adalah satu kebodohan UMNO yang tidak dapat melihat pandangan jauh Dato’ Onn Jaafar… Agaknya orang bawahan Dato’ Onn Jaafar masa tu dah mula ghairah mau kerusi panas dalam UMNO….

Itu menunjukkan bahawa jumlah ahli Melayu dalam UMNO adalah statik! bertambah tidak, berkurang ada la…. Kerana itu UMNO redah juga wawasan yang dilabelkan mengarut di tahun 1950-an dulu demi menyelamatkan UMNO dari ditalkinkan terlebih awal. Malah KMM yakin bahawa generasi Melayu hari ini yang berumur 25 tahun ke atas majoritinya adalah penyokong Pakatan Rakyat. Kalau ada pun yang sokong UMNO… yang sokong bawa rebah tu ramai.. puak-puak ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi seperti kontrak dan wang ringgit. Kalau buat bancian ramai golongan muda UMNO adalah kontraktor atau part time kontraktor!!!… Tadah jer tunggu orang atasan bagi kerja… Dah le tu rezeki yang dapat kekadang di alibaba….. Huh!!!… Mementang kerajaan diorang ada kuasa serah kontrak kat diorang… kualiti kerja macam HAMPEH!…. Ini dari pengalaman KMM di tempat lahir KMM la….tapi bukan contoh kat Uganda…. Memang kat Malaysia. Bila KMM lalu berhampiran sebuah Ibupejabat UMNO Bahagian, kesiannya la…. Bayangkan tulisan yang warna merah dah luntur…. Cat bangunan dah kusam…. Jelas menunjukkan ahli UMNO itu sendiri yang terdiri dari bapak kontraktor ni tak ada jati diri….. Takkan nak tunggu UMNO keluar tender pulak…. Pepandai la buat khidmat masyarakat kat UMNO…. UMNO dah bagi korang keselesaan dan kemewahan hidup… Tak caya tengok pejabat UMNO Raub….. Opssss! dah terlepas cakap…. Hakikatnya memang pun……. Macam tu nak jadi pemimpin masyarakat!!!!! Pejabat UMNO tak terjaga…inikan pulak nak jadi pemimpin!!!! Piraaah! kelak kalau ada rakyat susah, buat tak cakna jer… Bila masuk rancangan ‘BERSAMAMU’ baru le nampak muka. Buat muka sardin tunjuk simpati… (Tak caya tengok ‘BERSAMAMU’…. ahli politik UMNO dan ketua kampung UMNO berlakun jadi pemimpin yang peka kepada kesusahan rakyat… Sebelum ni korang buat apa????

KMM harap UMNO dapat jumpa ustaz yang sesuai untuk membaca talkin untuk UMNO.

SEKADAR RENUNGAN UNTUK HAKIM-HAKIM

Posted in Uncategorized on 28 May 2009 by kesatuanmelayumuda

Surah An Nisaa

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(Surah An-Nisaa’ Ayat 58)

2

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.(Surah Al-Maidah Ayat 42)

PENJAJAH INGGERIS LEBIH GERUNKAN PEJUANG MELAYU YANG BERJUANG DI LUAR KELOMPOK UMNO?

Posted in Uncategorized on 28 May 2009 by kesatuanmelayumuda

Malam semalam KMM menonton rancangan kat Awani. Rancangan wawancara yang dikendalikan oleh saudara Suhaimi (Maaf, KMM bukan peka sangat dengan rancangan t.v. ni tak ingat rancangan apa). Tapi topiknya amat menarik kerana menyentuh isu terhangat masa kini iaitu berkenaan dengan adanya pihak-pihak yang berhasrat membawa pulang Chin Peng ke Malaysia. Agak hangat juga nampaknya diorang berhujah tentang isu tersebut. Panel yang dijemput ada tiga orang iaitu seorang pengkaji sejarah, seorang bekas pegawai tertinggi ATM dan seorang AJK GPMS.

Apa yang menariknya perbincangan tersebut berkisar kepada PKM atau Parti Komunis Malaya. Lantas, panel yang merupakan seorang pengkaji sejarah ini telah menyatakan bahawa beliau telah memperolehi maklumat tentang kegiatan PKM yang selama ini tidak didedahkan secara umum kepada masyarakat di negara kita. Ia menyentuh motif sebenar tindakan pihak British menentang PKM sebelum kemerdekaan. Disebalik tindakan terhadap PKM, rerupanya si penjajah laknat ni lebih takutkan golongan nasionalis Melayu!… Sepertimana yang dilabel British sebagai golongan nasionalis Melayu yang berhaluan kiri. Mungkin ia merujuk kepada API, AWAS dan Kesatuan Melayu Muda… Nak tunding kat UMNO, waktu tu UMNO sleeping partner penjajah. Kegerunan British berpunca daripada pembentukan semangat anti penjajahan yang wujud dalam diri pejuang-pejuang kemerdekaan ini lahir daripada jati diri sebagai anak watan yang dijajah hampir 446 tahun lamanya. Ia berbeza dengan PKM yang dipengaruhi anasir-anasir luar seperti Rusia dan China(sumber: rancangan Awani tu la).

Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu dalam tahun 1941, pihak British telah bekerjasama dengan PKM serta kumpulan-kumpulan nasionalis Melayu lalu membentuk MPAJA. Pembentukan organisasi ini secara tidak langsung menyatukan golongan nasionalis dan komunis dalam satu kelompok. Dapatlah KMM mengupas situasi tersebut yakni sememangnya strategi British menggunakan PKM sebagai kambing hitam supaya kumpulan nasionalis Melayu dengan mudah dilabelkan sebagai puak komunis apabila Perang Dunia Kedua tamat. Realitinya, arwah bapa KMM terlibat dengan Force 136 ketika itu. Apa yang berlaku ada pihak yang melabelkan beliau adalah komunis. Macam tu ke kerajaan yang tonggak utamanya UMNO membalas jasa pejuang tanah air?. Dalam tahun 70-an masih ada pihak polis ‘menziarah’ arwah bapa. So, kepada Dato’ Penasihat Persatuan Bekas Komando Negeri Johor yang turut berhujah dalam Awani tu fikirkan semula kata-kata anda. Jangan ingat ATM sahaja yang berjuang untuk negara. Anda dalam ATM ada gaji, dapat elaun itu dan ini. Bila tamat perkhidmatan dapat pencen dan ada rezeki dapat gelaran macam tuan lak tu… Tapi fikir semula kepada pejuang-pejuang sebelum anda!!! Arwah bapa KMM tak terima satu sen pun sepertimana yang tuan-tuan askar perolehi. Ada ke pihak pemerintah memberi perhatian kepada pejuang penentang Jepun nih?…. Pernah dengar nak bagi sumbangan dalam bentuk RM, tapi macam-macam syarat la pulak… Nakkan nombor dalam Force 136 la… apa la… Ish! Tak semua anggota Force 136 menyimpan maklumat sedemikian. Apatah lagi kalau mereka dah meninggal dunia…ahli keluarga pun tak tau tentang tu.

Berbalik kepada hujah pengkaji sejarah itu tadi, jelas menunjukkan bahawa bukan UMNO yang British takutkan sangat tetapi golongan pejuang Melayu yang berada di luar kelompok UMNO. Setakat UMNO tu, British mudah nak gula-gulakan kerana UMNO ditubuhkan dengan tujuan yang tersirat dan rata-rata berpendidikan Inggeris. So, tak heran la kalau kepimpinan UMNO hari ni haru biru….KMM ulang, ada tujuan yang tersirat!. Sebab itu KMM tak berapa nak percaya dengan fakta-fakta dalam sejarah Malaysia kerana banyak perkara yang dipinggir dan disembunyikan. KMM bukan nak sokong si Chin Peng tu pulang ke Malaysia. Biarlah dia habiskan sisa hidupnya di luar sempadan Negara kita. Tetapi KMM nak rakyat Malaysia hari ini memikirkan kembali mengapa negara kita hari ini kuca lana. Nak membentuk suasana Malaysia hari ini sebenarnya adalah perancangan yang teliti sejak British nak bagi kemerdekaan lagi. Tak logik?…. Kalau bijih timah yang dikaut dek penjajah di Tanah Melayu ni tak habis lagi stoknya kat England sampai sekarang bayangkan bagaimana penjajah laknat berfikir. Mereka bukan fikir untuk 50 tahun punya rezab tetapi 1000 tahun punya rezab wo!

Jadi tak heran kalau kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 turut ‘dibekalkan’ agenda-agenda tersembunyi penjajah yang tidak mahu melihat Tanah Melayu terbentuk dalam acuan Tanah Melayu yang sebenarnya. Kesudian British bekerjasama dengan UMNO dan juak-juaknya ketika itu ada agenda yang tersembunyi. UMNO umpama lembu dicucuk hidung je waktu tu kerana yang menjadi keutamaan agenda tersembunyi mereka tercapai tanpa disedari oleh masyarakat marhaen.

Wahai warga marhaen di Malaysia, baca dan kaji semula sejarah. Baca sejarah kewujudan UMNO, faktor penubuhan dan sejarah pengasas, serta barisan pimpinannya dahulu hingga kini. Kenang semula nasib saudara-saudara kita (yang berketurunan Melayu dan lain-lain) yang dilabel KOMUNIS itu ada atau tidak keabsahannya(pinjam ayat Hanipa Maidin). Tapi yang mana memang pegang fahaman komunis tu… itu adalah kesilapan peribadi waktu mencari haluan dan kaedah yang sesuai untuk menentang penjajahan. Kepada ahli-ahli sejarah, sebarkan pengetahuan anda secara telus dan tepat kerana ketika ini memang ramai rakyat Malaysia buta sejarah. Sampai ada yang tak kenal wajah siapa yang dicetak pada wang kertas kita selama hari ni!. Sedih dan mengharukan……

APABILA AYAT-AYAT ALLAH ITU BENAR

Posted in Uncategorized on 25 May 2009 by kesatuanmelayumuda

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberi bukti yang nyata kepada kita, bahawa sesungguhnya dunia akhir zaman ini akan dipimpin oleh pemimpin yang zalim, jahat dan korup.

Lihatlah bagaimana pemimpin negara kita hari ini bertindak tanpa memperdulikan undang-undang dan perlembagaan yang termaktub semenjak 1957 lagi. Walhal, UMNO dan juak-juaknya sedar bahawa mereka merupakan manusia-manusia yang meluluskan apa jua akta dan menyusun perlembagaan menjelang kemerdekaan Malaysia. Amat memalukan apabila mereka sendiri yang mencabul perundangan dan perlembagaan negara. Akibat terlalu lama memerintah, mereka merasakan bahawa Malaysia ini milik mereka. Malah tidak mempercayai akan kemampuan pihak lain untuk mentadbir negara ini. PRU 12 telah menyaksikan bahawa wadah yang dibawa UMNO dan juak-juaknya semakin ditolak oleh rakyat walaupun pelbagai cara dan penyalahgunaan kuasa dibuat.

Tindakan pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juaknya yang zalim ini semakin hari semakin terserlah hingga tidak dapat disembunyikan lagi. Beberapa kes yang melibatkan rasuah menjadi perbualan rakyat Malaysia. Oleh kerana pihak yang berkenaan seperti polis, SPRM, SPR dan badan kehakiman telah diperkuda oleh pemerintah maka kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian hingga ke peringkat pusat tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

Kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO lebih terserlah apabila melakukan rampasan kuasa di Perak. Tanpa alasan yang kukuh, Menteri Besar yang sah disingkir dengan begitu zalim. Speaker DUN Perak dilayan seperti penjenayah apabila enggan meninggalkan kerusi speaker yang sememangnya adalah hak beliau untuk berada di situ. Tindakan membawa masuk pihak polis ke dalam DUN telah mencemar DUN Perak. Jika pihak polis dengan angkuh menceroboh DUN Perak, KMM merasakan adalah tidak menjadi satu kesalahan seandainya rakyat juga akan berbuat tindakan sedemikian sama ada di Parlimen ataupun DUN negeri-negeri yang dikuasai UMNO BN serta menghalau speaker keluar dari DUN. Ini adalah kerana tindakan biadap ini telah dididik oleh UMNO BN sendiri sepertimana yang berlaku di DUN Perak. Mungkin UMNO BN telah lupa bahawa RAKYAT adalah HAKIM yang sebenar-benarnya dalam permasalahan politik yang ditimbulkan oleh pihak UMNO BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO BN ini sememangnya telah disekat kewarasan mereka oleh Allah S.W.T. Tindak tanduk mereka kebelakangan ini lebih kepada kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat telah dipinggirkan kecuali bila hampir pilihanraya barulah ‘RAKYAT DIUTAMAKAN’. Seandainya keadilan wujud dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juaknya, mereka tidak akan hidup secara mewah sepertimana hari ini. Tidak perlu pihak TV3 suku menayangkan Program Bersamamu seandainya ‘RAKYAT DIUTAMAKAN’. Dah lebih 50 tahun kalian mengumpul dana peribadi dari kedudukan kalian sebagai pemimpin-pemimpin UMNO baru nak ingatkan rakyat?. Ingatlah bahawa apa yang dijanjikan Allah SWT kepada hamba-hambanya yang engkar itu adalah BENAR!. Pembalasan kepada pemimpin yang zalim dan korup itu juga adalah BENAR!.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.